Tuesday, October 18, 2011

Tahajjud Cinta

Assalamualaikum,

Tadi tengok dengan ibu episod last cerita Tahajjud Cinta. Seram sejuk tengok cerita ni, tambah seram sejuk tengok comment penonton ni dekat internet.

Ada yang cakap drama ni memesongkan akidah, yang tu cukup jelas tidak lah, mungkin orang tu tengok satu episod pastu terus comment kot, Wallahu a’lam.

Ada pulak yang cakap, sekarang, banyak lagi teruk daripada yang Erma Fatima tunjuk dalam drama ni. Mungkin tu yang Erma Fatima nak tunjukkan dalam drama ni.

http://3.bp.blogspot.com/-BUmUDM2Kesw/ThcfATn3pvI/AAAAAAAABto/1TUhorgOw-I/s1600/Tahajjud+Cinta+2.jpg

Daripada Abu Hurairah ra berkata; Rasulullah saw bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". (Hadis Riwayat Tarmizi)
p.s : tengah exam sempat tengok drama. hehe. okay, sambung belajar.

Wassalam :)

1 comment:

mysara said...

mcm2 kontroversi la cter ni...