Friday, October 28, 2011

There are things we forgot

Assalamualaikum,

Hai semua! Orang demam sebab jalan tengah hujan nak update blog. Haha kau tak sehat baru reti nak update ye budak? Biase lee manusia, time gini baru nak gagahkan diri. Kalau tak tak reti bersyukur. Haha Bl <-- smiley bajet cool. Oyeh. Hee.

Harini kita nak kongsi SATU benda. Orang perempuan zaman sekarang berpendidikan agama dah cukup tinggi dah. Ramai yg cuba perbaiki diri tentang pemakaian. Tapi masih ade yg tertinggal. Ade lagi aurat yg kita tak perasan, dan kita ambik ringan. Kadang-kadang saya pun sama, rasa macam takperlu kot? Kadang-kadang rasa, kalau aku solat aku tutup. Kenapa kalau aku jalan-jalan aku bukak? ._.
Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna.
http://syahirul.com/wp-content/uploads/2011/08/aurat-kaki.jpg
Ha, dah faham? :D

Tapi sebab pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:
  • Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.

  • Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.

  • Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.

  • Darurat.
Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:
Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.

Source : Link

Okay dah faham? Kita sama-sama lah buat yg lebih baik. Wassalam.

2 comments:

Liyana said...

Haaaaa. Ini pun sebenarnya aku nak masukkan dalam entry lepas tapi rasa musykil termasuk atau tak. Sebab kadang-2 ade jugak nampak ustazah-2 tak pakai. Tu yg rasa sangsi. Muahahaha. =='

Ateika said...

Sbb orang mmg ambik ringan sikit pasal kaki. Lagipun ade mazhab yg cakap takpe, kaki bukan aurat. Tapi kita ikut mazhab kita lah.