Bismillah.
Kalau dikatakan cinta manusia buta.
Kalau dinamakan cinta manusia terkorban.
Biarlah, itu fitrah cinta. Biarlah?
Kalau aku nak celik dalam cinta. Kalau aku pilih tu berkorban tapi dalam definisi aku, bukan mereka. Kalau aku mahu dikatakan mesyiksakan diri tapi aku sebenarnya bebas. Biarlah.
Kalau aku mendefinisikan cinta dengan salah selama ini, biarlah. Biar aku buangnya jauh-jauh. Kalau aku ingin bercinta dengan definisi yang manusia kini tidak mengerti, biarlah. Ada yang mengerti. Yang Maha Satu, Maha Agung mengerti.
Ada satu citaku - untuk abadikan rasa ini untuk si dia, Yang Maha Mengetahui tahu siapa. Dengan izinNya, satukan kami dengan cara terhormat satu hari nanti. Aku mahu rasa ini suci. Walau aku tak sehebat waliNya, walau aku tidaklah siapa-siapa, usaha yang Allah tengok, kan? Biarlah rasa ini terus ada dalam hati.
And if you read this (well, to whoever read this too). I'm asking you a favour. Can you save your heart? To when I'm ready, we are ready. To when we are not just financially ready (cause you know there's lots of ways to make money insyaa Allah that's not a problem here) but also spiritually and emotionally ready. Please save your heart for me. I'm saving mine (trying to).
As far as I concern this is my my love for now, where my du'a goes. And if I ever forget this, remind me to read this again every now and then. This is my love.
Cinta itu kata kerja, dan perlu dibuktikan dengan memberi. Yang bercinta itu memberi, yang kaya dengan cinta itu sentiasa memberi. Bukan untuk mendapat pulangnya dari manusia. Kerana orang yang beriman itu tahu, cinta Sang Pencipta kepada hambaNya. Allah telah memberi segalanya yang kita perlukan. Kita sangat dicintai! Sentiasa diberi cinta setiap saat, setiap masa. Jadi ini masanya untuk kita sebarkan cinta kepada mereka yang lain agar tersebarnya cinta Sang Pencipta.
Wallahualam.
Saturday, May 24, 2014
Tuesday, February 11, 2014
To Emphasize
Assalamualaikum.
Mari muhasabah?
"Kau tengok perempuan alim tu. Masyaa Allah, tudung labuh. Pakai handsock. Pakai stokin. Masyaa Allah. Bidadari syurga!"
"Muslimahnya. Boleh buat isteri kan?"
"Muslimahnya. Boleh buat isteri kan?"
Dialog yang macam pernah dengar? Rasa macam biasa kan? Nampak salahnya? Alhamdulillah kalau nampak. Anda manusia terpilih. Kekeke. Yang tak nampak macam mana? Jangan risau, jangan cuak, jangan gelabah. Anda juga insan terpilih.
Wahai sahabat, pengarang jantung hati sekalian. Apakah maksud ALIM? Daripada Asmaul Husna - sembilan puluh sembilan (99) asma (nama) Allah Subhanahu wa ta'ala, Al-Alim (العليم) bermaksud Maha Mengetahui (memiliki ilmu).
Dah dapat point saya? Belum. Okay terus baca.
Apabila ditekankan perkataan mengetahui atau memiliki ilmu tu, mari kita baca balik dialog tadi, ada perkataan perempuan alim, dan pakaiannya yang Alhamdulillah menutup aurat. Maafkan saya kalau saya salah, tetapi itu bukan kayu pengukur tahap alimnya seseorang insan.
Maafkan saya sekali lagi jika silap. Tetapi hijrahnya seseorang yang jahil itu ke Islam, kembalinya seseorang itu ke Islam, bukan terus nah dia alim. Tetapi hanya sekadar seorang manusia jahil yang sedar akan jahilnya dia.
Dan terdapat dua jenis jahil di sini yang saya ingin tekankan :
1. Orang jahil yang sedar akan kejahilannya tidak malu untuk mengaku akan kejahilannya dan tidak malu untuk bertanya kepada orang yang lebih tahu darinya dan orang sebegini akan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmunya demi mengharapkan keredhaan Allah. Insyaa Allah
2. Orang jahil yang TIDAK sedar akan kejahilannya lalu merasakan mereka lebih bijak dari orang lain. Golongan seperti ini pantang ditegur dan takkan menerima pandangan orang lain lantaran mereka merasakan, mereka lebih bijak dan lebih banyak ilmu dari orang yang menegur. Dalam istilah fiqh golongan ini dikenali sebagai Jahil Murokkab.
Mari muhasabah?
Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)