Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, February 11, 2014

To Emphasize

Assalamualaikum.

"Kau tengok perempuan alim tu. Masyaa Allah, tudung labuh. Pakai handsock. Pakai stokin. Masyaa Allah. Bidadari syurga!"

"Muslimahnya. Boleh buat isteri kan?"

Dialog yang macam pernah dengar? Rasa macam biasa kan? Nampak salahnya? Alhamdulillah kalau nampak. Anda manusia terpilih. Kekeke. Yang tak nampak macam mana? Jangan risau, jangan cuak, jangan gelabah. Anda juga insan terpilih.

Wahai sahabat, pengarang jantung hati sekalian. Apakah maksud ALIM? Daripada Asmaul Husna - sembilan puluh sembilan (99) asma (nama) Allah Subhanahu wa ta'ala, Al-Alim (العليم) bermaksud Maha Mengetahui (memiliki ilmu).

Dah dapat point saya? Belum. Okay terus baca. 


Apabila ditekankan perkataan mengetahui atau memiliki ilmu tu, mari kita baca balik dialog tadi, ada perkataan perempuan alim, dan pakaiannya yang Alhamdulillah menutup aurat. Maafkan saya kalau saya salah, tetapi itu bukan kayu pengukur tahap alimnya seseorang insan.

Maafkan saya sekali lagi jika silap. Tetapi hijrahnya seseorang yang jahil itu ke Islam, kembalinya seseorang itu ke Islam, bukan terus nah dia alim. Tetapi hanya sekadar seorang manusia jahil yang sedar akan jahilnya dia.

Dan terdapat dua jenis jahil di sini yang saya ingin tekankan :

1. Orang jahil yang sedar akan kejahilannya tidak malu untuk mengaku akan kejahilannya dan tidak malu untuk bertanya kepada orang yang lebih tahu darinya dan orang sebegini akan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmunya demi mengharapkan keredhaan Allah. Insyaa Allah

2. Orang jahil yang TIDAK sedar akan kejahilannya lalu merasakan mereka lebih bijak dari orang lain. Golongan seperti ini pantang ditegur dan takkan menerima pandangan orang lain lantaran mereka merasakan, mereka lebih bijak dan lebih banyak ilmu dari orang yang menegur. Dalam istilah fiqh golongan ini dikenali sebagai Jahil Murokkab.

Mari muhasabah?

Wallahualam.


Monday, July 29, 2013

Mata, Mata Hati

Terdampar

Bismillahirahmanirahim.

Kalau aku mati sekarang ni, aku malu dengan apa yg di tayangkan sepanjang hidup aku.
Kalau aku hidup lama lagi, aku terus-teruskan rasa malu dengan diri sendiri.

Kau sedar tak syurga itu mahal?
Hmm.

"Berdosa kah aku ya Rabb?"

Lidah kelu tak berbicara.
Tangan kaku tak membimbing.
Hati sakit meraung-raung.
Mata? Mata hanya melihat. Merintih agar tak terlihat!

Ampuni aku Ya Allah, Al-Ghaffar.

Maksudnya : "Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman " (Hadis sahih riwayat Muslim)

Segamat
290713

Friday, March 29, 2013

Ada apa dengan hati?

Bismillah.

Andai benar niatmu Lillah
kau tak akan pernah lelah.

Duhai hati,

Teguhlah, sabarlah, tabahlah.
Jangan pernah dikau mengalah.

kerana

Jalan ini masih jauh perlu ku langkah.


Duhai hati,

Jangan kau rebah.







Doa.
Allah Maha Mendengar.

Wednesday, March 20, 2013

In Allah We Trust

Bismillah.

Nak redha mungkin boleh. Nak bersyukur dengan segala ketentuan? Itu perlukan hati yang kental kuat dan hebat.

"Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah" - HR Bukhari

Okay, tak ada siapa yang marah kat sini. Tapi motif keluarkan hadis tu adalah sebab nak tunjukkan orang yang memiliki hati yg hebat tu lebih kuat daripada orang yang "hebat" fizikalnya.

Sebenarnya macam tak masuk topik lagi. Okayyyy, dah nak result ni semua  nak 11A, 10A, 9A, straight A lah yg penting.

Sejujurnya, aku tak berani.

Aku rasa, apa Allah bagi tulah yg patut aku dapat. Aku rasa macam tak kesah (bukan tak kesah masa depan aku teruk). Tapi sebab ni bukan masa aku nak berusaha. Result dah nak keluar mannnn! Tinggal kuatkan hati dan bersyukur je sekarang ni.

Lepastu, apa pun jadi, mana pun aku kena masuk(sambung belajar), itu baru berusaha.

Jangan tanya aku habis usaha doa taknak? Bukan macam tu. Bertenang. Kita fikir balik, doa pun kena kena tempat. Sekarang nak doa apa? Takkan sekarang nak doaa "Ya Allah, bagi aku 10A+, Aamiin" Sedangkan result tu memang dah ada. Kan? Sekarang kita doa untuk kuatkan hati dengan apa ketentuan dan harap itulah yg terbaik untuk kita, insyaa Allah.

Tawakal dan doa. Sekalipun pahit untuk kita, mungkin itu yang terbaik. Insyaa Allah.
Saya taknak doakan semua dapat straight As. Saya nak doakan semua dapat yang TERBAIK. Sungguh. Straight As itu tidak semestinya yang terbaik. Allah tahu apa yg terbaik.

Wallahualam.

p.s : semalam masukkan post ni dekat draft kejap, sbb takut bila post dalam keadaan emotional, kata-kata semua tak jaga.

Friday, February 8, 2013

Usrah Sakinah


Bismillah.

Masa : 8.30pagi hingga 12.30 tghari
Tempat : Masjid Jamek Kluang sebelah STK
Tarikh : 10 FEB 2013

Apa yang ada kat usrah nanti ? Akan ada 14 tazkirah dan akan ada juga 14 aktiviti. Nak tahu tajuknya dan apa aktivitinya kena datang lah. Kalau malu nak datang sorang, bawa ibu ke, kawan-kawan ke, akak ke, adik ke perempuan ke.

Datang ramai ramai tau. Nanti akhir usrah tu kita akan makan so diminta bawa makanan walaupun sikit untuk di kongsi bersama. :D

Jangan takut awak tak cukup baik untuk ke usrah. Jangan takut, sebab usrah ni keluarga. Keluargakan seronok. Jom?

Tuesday, January 15, 2013

Beza?

Bismillah.


Google image saya curi gambar!

Pernah tak terfikir, kenapa pelik bila pelajar sekolah agama tidak kelihatan pelik bertudung labuh apabila keluar, pelajar sekolah biasa? Pelik. Pelajar sekolah agama tidak kelihatan pelik apabila bersongkok/berkopiah, nak main bola pun pakai kopiah! Pelajar sekolah biasa? Peliknya.

Alahai peliknya apabila pelajar aliran biasa bertutur bahasa syurga. Tetapi kalau pelajar yg sudah tentu asal daripada aliran agama? Biasalahhhhh, budak agama.

Eh?

Budak tak duduk sekolah agama, tak ambik aliran agama tu amacam? Takde agama kah? Mengapa peluang untuk jadi mukmin dan mukminah hanya dibuka kepada pelajar agama? Why?

Sebagai seorang muslimah yang bukan daripada sekolah agama, saya rasa terpanggil nak bersuara. Apa bezanya kita? Agama kita sama. Islam. Kita muslim serta muslimat.

Apa yang bezakan kita? Ilmu? Mungkin, sedikit. Tetapi yang sebenar-benarnya membezakan kita hanyalah Amal.

Sekolah saya tak ada subjek Bahasa Arab. Saya belajar Pendidikan Islam je. Basic. Tudung labuh pun tak sampai 10 helai. Tudung bidang 60 pun ada orang bagi hadiah. Ilmu saya cetek. Cetek sangat.

Tapi sekurang-kurangnya bagilah saya beramal dengan ilmu yg saya ada.

Okay?

Wallahualam.

Thursday, December 6, 2012

Tenggelam

Assalamualaikum,

Semakin lama, makin ku tenggelam. Dalam nikmatMu ya Allah. Inni akhafullah. Aku takut akan Allah. Mudah. Sungguh mudah lidah berkata jari menaip. Bagaimana dengan hati? Lemah sangat tak bermaya. Kadang sedar, kadang tidak. Kadang pada fajar menangis meminta pertolongan Allah, kala senja hati alpa semuanya. Mengapa duhai hati?

"Di lautan nikmat,
dua makhluk terpisah,
yang satu tenggelam, yang lain menyelam.
Adakah kau tahu apa bezanya?"

Mahu menyelam dalam hamparan nikmat Allah, sediakanlah kelengkapannya, alat penafasannya serta cahayanya. Ya, cahaya. Tanpa cahaya mana mampu kita menatap keindahan keajaiban ciptaan Allah. SubhanAllah! Maha Suci Allah!

Dia yang menurunkan kepada hambaNya ayat-ayat Al-quran yang terang, kerana Dia mahu menheluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya. (Ingatlah) Allah Maha belas lagi Maha Mengasihani kepada kamu (Al-Hadid ayat 9)

Ya Allah, bantu aku. Bantu kami. Bantu mereka.

Wallahualam.

Wednesday, August 8, 2012

Lalang

Bismillah.

[ photo by : here ]


Ya Allah, berikanlah jalan keluar bagi ku.


Aku bagaikan lalang-lalang yg di tengah semak yang luas.
Terlalu ku kerdil untuk melawan arus udara kencang.

Wahai Sang Pencipta, bagilah aku kekuatan
untuk melindungi diriku daripada fitnah dunia.
Agar ku terus tunduk kepada-Mu.

Teguhkan lah aku, agar tidak terpesong ku dari-Mu !

Cukuplah Allah bagiku. Wassalam.

Saturday, July 21, 2012

Kerana Mujahadah Itu Pahit

Assalamualaikum,

Allahurabbi! Dah bulan Ramadhan. Bulan Pesta ibadah dah tiba! Mari kita lakukan amalan ibadah banyak-banyak. Perbaiki amalan wajib. Tambahkan amalan sunnah! Perbaiki diri yang serba tak kena *sobs*. Berbaik-baik dengan orang lain. Bulan ini penuh berkat! Penuh rahmat! Jangan sia-siakan.

Jangan pi tidoq ja kerja. Aku gigit-gigit kang (lepas buka puasa)

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka di ampunkan dosa-dosa yang lepas dan akan datang." [HR Al-Bukhari]






p.s : Mujahadah berasal daripada perkataan jihad. Ertinya berjuang bersungguh-sungguh dengan penuh kegigihan atau kata lain ialah Jalan Menuju Allah.

Tuesday, June 5, 2012

"Delisa Cinta Ummi Kerana Allah"

Bismillah.

Saya baru habis tengok satu movie daripada Indonesia. Subhanallah sangat menyentuh. Sepanjang cerita rasa sebak. Cerita ni direka berdasarkan tsunami di Acheh pada 26 Disember 2004. Diadaptasi dari sebuah novel. Insya Allah, ada masa saya nak baca :)



Ini trailer cerita ni, Hafalan Shalat Delisa. Cerita ini mengenai seorang budak kecil, Delisa yang tinggal di Lhok Ng, Acheh. Anak terakhir dalam keluarga Abi Usman. Ayahnya bertugas di sebuah kapal tanker perusahaan minyak Internasional. Delisa sangat rapat dengan ibunya yang dia panggil Ummi. Dia ada tiga orang kakak, Fatimah , dan Aisyah dan Zahra yang merupakan kembar.


Ini pula lagu asal bagi "Lagu Ibu" yang dinyanyikan oleh Delisa dan umminya dalam movie ni.


Selamat menonton. Kalau ade yang nak movie ni dari saya, mintak je ye. :)

‘Delisa cinta Ummi kerana Allah’.


Wednesday, May 30, 2012

Some Souls

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum.


Because a baby, a child has a truly pure untainted soul. We have to take the
responsibility to protect, to make sure the soul will not be contaminated by the ruthless world. Yes, one cannot simply be escaped from it - from the world as we are in it, we are already in the game. Despite of playing God, we can control in what we believe in. Under the name of The Almighty, Allah.

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)




Dhiya Nur Irdina

28/04/2012

Friday, February 24, 2012

Viva La Palestina

Assalamualaikum, Long live the Palestinian, Insya Allah.



Maafkan kami Palestin,
Tika darahmu mengalir di bumi sendiri dan kering dibakar mentari,
Tulangmu bersepai dibedil serakah Zionis,
Jerit pekikmu bergema di dada langit,
Hilai tawamu ditelan bom dan fosfur putih;

Jiwa kami sedang berpadu dengan nafsu,
Bercinta dengan dunia,
Sambil beramal pohon restu untuk bahagia nanti.

Maafkan kami Palestin,
Andai pecah peti suaramu memanggil nama Tuhan,
Putus salur darahmu berkorban demi Tuhan;

Kami juga sedang berperang,
Dengan nafsu yang lebih besar dari jihadmu, Palestin.


Maafkan kami Palestin,
Perang kita berbeza medan,
Kami sibuk berasak di sini,
Dikau digasak sana sini.
Maka, bila hanya doa mampu dihantar pengganti kami;

Senjata terkuat kita,
Hantarkan kembali doa buat kita berjaya sama,
Bersama maaf dari Palestin.

Zaki Johari
Teratak Ube, Jepun
Ya Allah, dengar ni di radio Ikim.fm semasa dalam perjalanan ke sekolah, tersentak, mengalir air mata. Kerdilnya aku Ya Allah. Lemahnya aku. :'(

Wassalam.

Monday, December 12, 2011

What would you do if?

Bismillahirahmanirahim. Assalamulaikum semua ! :D

http://explodingdog.com/drawing/whatifthingsgoright.jpg

Sebelum ape-ape. Betulkan kalau saya tersalah okay. Kat dunia cyber ni kan, ramai je orang bukan Islam yang tak minat / tak suka / benci Islam. Dan ramai je yang menunjukkan betapa diorang tak suka Islam kat pelbagai social network.

Korang buat ape dekat orang yang mengutuk agama korang ni?

1. Straight pergi profile dia, maki hamun dia.
2. Sebarkan kat kawan korang ajak marah-marah dia.
3. Report profile dia. Sambil maki hamun.
4. Maki hamun dia belakang-belakang.
5. Straight pergi profile dia, niat nak nasihat dia. Tapi tengok dia teruk sangat, maki hamun jugak. ._.
6. Gelakkan kebodohan dia?
7. Tak buat ape-ape.

Itu ke antara yang korang buat? Bagi saya lah. Benda yang korang buat tu taklah salah. Cuma, itu terlalu ikut emosi (kecuali nombor 7). Hati korang Alhamdulillah, sayangkan agama. Cuma niat sahaja, tak cukupkan?

Bukankah lebih baik kalau benda pertama yang korang buat, duduk berfikir. Bersyukur yang korang dah dilahirkan dalam agama ini, dilahirkan dengan pengetahuan-pengetahuan dalam agama ni. Kan lebih baik korang berdoa agar ditetapkan iman korang, kawan-kawan korang. Supaya korang tak jadi macam tu? Mengutuk agama orang sesuka hati. Nauzubillah.

Lepastu doakan orang tu, supaya diberikan petunjuk, hidayah. Supaya Insya Allah, dia sedar dia buang masa mengutuk agama Allah. Perkara yang dia buat tu memalukan diri sendiri shj. Sebab itu tunjuk, betapa jahilnya dia.

Barulah berfikir, nak nasihat ke? Atau ajak kawan report je? Atau, ajak kawan-kawan kumpulkan bahan-bahan atau lebih tepat ilmu tentang Islam, untuk pertahankan Islam kalau dia kutuk. Sekurang-kurangnya, dapat pertahankan walaupun mungkin nak tarik dia ke arah menerima Islam tu tak dapat kan?

Ciri-ciri orang bertaqwa?
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (Surah Al-Imran ayat 134)

Wassalam. :D

Sunday, November 27, 2011

Of the First Muharram 1433

Assalamualaikumm,


Video di bawah merupakan hasil titik peluh (takthu lah peluh ke tidak, sebab kat sana sejuk) abang saya dan kawan-kawan dia. Disunting khas oleh Mohamad Zulfahmie bin Abas okay. Selamat menonton :D



Sebagai ingatan kepada kita semua : Dalam kita sebok dengan wishlist yg duniawi. Barang branded. Gadget serba serbi canggih. Jangan lupa, upgrate diri sendiri pada awal tahun macam ni. Pencapaian terhadap Allah tu yg kekal sampai bila-bila.

Tak salah nak benda tu semua. Tapi ingat, yg bagi akal kepada manusia utk cipta semua tu, Allah. Dan ingat, bersederhanalah. Kerana itu lebih baik pada pandangan Allah.
Wassalam.

Saturday, November 12, 2011

Kenapa Aku Minat

Assalamualaikum!

Kenapa aku minat Heliza Helmi. Hah, I pun minat retis Malaysia tau. Jangan cakap aku kerja tengok anime, tengok movie Hollywood jeh. Tak tengok drama-drama Melayu. Okay, memang tak tengok pung. Muehehe. TV tu kalau rosak dua bulan pun aku tak kesah Bl

Okayyy, kenapa saya minat Heliza Helmi? Sebab comel kah? Suara sedap kah? Comel memang comel. Tapi sebab dia artis yg besederhana rasanya. Makin nama up, berpakaian makin longgar. Bukan macam sesetengah yg makin, tutttt. XO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIUjJmXnDUWxCVNlEXc_XG33Y9Vdc9SK8pxRNrfXayQfmdtJiitPx7GXLqes2gcIZjO-dSlHIWbsPJOdnIxCtgXe6qWrSPQLdiNzyhgOvVMalGQq_-FOBJXMVW1EBmxd-Y62ZHMjfKoA4/s1600/Heliza+Helmi+Hijab+II.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivPCAG5zHSwiv-jyAP7GX56dLUiGs1dfrOw0MDwVu92v8nCsJWtvGpcBUCqgcbvM4Q12ctj4W2shH6U8LveVYRbgcNcsvdXKqvwdxuWN08FjvkE_x-5vdvvSbkvilPEzAWQPVgoQfT5oU/s1600/Heliza+Helmi+Hijab+III.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7mQtrbFwIHZ889jDqlhnTWqODJxx6vi-T5pG76uLWltOVZV16utj_o6rQAshyphenhyphenUf6sf5X2C9GOmtsQT8OpL9MHV3ODRpkc7iu4pITVTRjPb1P6xRxFj7JIitnV7fFE53_W7wS3C1k-iaw/s1600/Tudung+Telekung.jpg

Hah, oleh sebab orang sekarang suka ikut trend artis berpakaian. Ape kate ikut tred Heliza Helmi mengenakan selendang. Daripada korang dok belit-belit sampai PENDEK shawl korang yg asalnya labuh tu. Ape kateeee, belit-belit macam ni? Kan manis. Tak lah juling mata lelaki tengok.

Just saying.

Wassalam :)

Friday, October 28, 2011

There are things we forgot

Assalamualaikum,

Hai semua! Orang demam sebab jalan tengah hujan nak update blog. Haha kau tak sehat baru reti nak update ye budak? Biase lee manusia, time gini baru nak gagahkan diri. Kalau tak tak reti bersyukur. Haha Bl <-- smiley bajet cool. Oyeh. Hee.

Harini kita nak kongsi SATU benda. Orang perempuan zaman sekarang berpendidikan agama dah cukup tinggi dah. Ramai yg cuba perbaiki diri tentang pemakaian. Tapi masih ade yg tertinggal. Ade lagi aurat yg kita tak perasan, dan kita ambik ringan. Kadang-kadang saya pun sama, rasa macam takperlu kot? Kadang-kadang rasa, kalau aku solat aku tutup. Kenapa kalau aku jalan-jalan aku bukak? ._.
Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna.
http://syahirul.com/wp-content/uploads/2011/08/aurat-kaki.jpg
Ha, dah faham? :D

Tapi sebab pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:
  • Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.

  • Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.

  • Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.

  • Darurat.
Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:
Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.

Source : Link

Okay dah faham? Kita sama-sama lah buat yg lebih baik. Wassalam.

Tuesday, October 18, 2011

Tahajjud Cinta

Assalamualaikum,

Tadi tengok dengan ibu episod last cerita Tahajjud Cinta. Seram sejuk tengok cerita ni, tambah seram sejuk tengok comment penonton ni dekat internet.

Ada yang cakap drama ni memesongkan akidah, yang tu cukup jelas tidak lah, mungkin orang tu tengok satu episod pastu terus comment kot, Wallahu a’lam.

Ada pulak yang cakap, sekarang, banyak lagi teruk daripada yang Erma Fatima tunjuk dalam drama ni. Mungkin tu yang Erma Fatima nak tunjukkan dalam drama ni.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEji6eCls2XNNWUClsKCGLQlySvf6enx7U17dupheyppUKS69bL2tVruHSSD7GkGLzWKl4kWlFkCFY1hc2x-9wk2LqoKY1Gx_dD4dxg0OPMydxvjHbslub3XhpMloBS2E2K4M4eERgIG7-Lx/s1600/Tahajjud+Cinta+2.jpg

Daripada Abu Hurairah ra berkata; Rasulullah saw bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". (Hadis Riwayat Tarmizi)
p.s : tengah exam sempat tengok drama. hehe. okay, sambung belajar.

Wassalam :)

Saturday, September 17, 2011

I beseech thee

Assalamualaikum,

"Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." - Surah Thaha ayat 44."

Bukanlah nak cakap aku baik sangat siap letak potongan-potongan ayat Al-quran. Tapi sekadar sebagai ingatan dan renungan kita bersama, perlu ke menegur dan buka aib orang? Perlu ke menegur dengan kasar? Ade ke dalam agama ajar kita macam tu? Perlu ke kita gabungkan niat baik kita menegur orang dengan kemungkaran amarah syaitan?

"Sahabat bertanya: Apakah tidak kita perangi (saja) dengan pedang? Baginda menjawab: Jangan, selama mana mereka masih menegakkan solat ditengah-tengah kalian"

Apa kebaikan yang kita dapat dengan aibkan orang? Bukan ke akhirnya menyusahkan diri sendiri? Kalau kita terulang kesilapan orang tersebut? Atau kita buat kesilapan teruk drpd orang tersebut? Atau aib yg kita sebarkan itu palsu? Apatahlagi kalau orang tu berubah menjadi sangat alim dan malah dia yg akan mengajar kita tentang agama.

“Serulah kepada agama Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara sebaik-baiknya, sesungguhnya Tuhammu dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalannya dan dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”(Al-Nahl : 127).

Adab-adab nasihat
  1. Meluruskan niat ikhlas menasihati semata-mata kerana Allah.
  2. Diusahakan supaya menasihati dengan tidak diketahui orang lain.
  3. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah.
  4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati. Seboleh-bolehnya mengenali dulu orang yang bakal kita nasihati itu.
  5. Memberi waktu dan kesempatan kepada orang yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/kesalahan yang dilakukannya.
“Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.”
Ciri-ciri nasihat yg baik
  1. Nasihat tersebut harus disampaikan dengan lemah lembut dan kata-kata yang sopan.
  2. Nasihat itu harus disampaikan kepada mereka secara sembunyi-sembunyi dan tidak di depan umum.

Wassalam :)

Monday, August 29, 2011

The more, the merrier

Assalamualaikum

Oleh sebab rupanya tuan punya blog ni baru sedar dia ade blog. Dikesempatan hari terakhir kita berpuasa tahun ini InsyaAllah, tahun depan ade lagi, Selamat Menyambut Aidulfitri kepada pembaca Plastic Tree yg agak dianaktirikan sejak dua menjak ni.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQfcdttqlY-1pga5BJI8ZX4nBIdQQS-b_3ZHIr0xC02xC_idbSdiaUiF59FlOSkE5ZteBz01b0BiebGDVxiukmgsn6uU9ljMuVg5LqkS7KtZ9swXq6dkSQlBKJX5JtDwFhbq4J12EglJLR/s1600/Untitled-1.jpg

p.s : Insya Allah lah lepas ni tak anaktirikan Plastic Tree ni lagi, hukum karma agaknya result BM tetttt. -.-Okay, fokus nak raya! haha


Wassalam.

Tuesday, February 22, 2011

The Light of Love

Assalamualaikum,

I found a video. A trailer for a movie. So, i decided to share to my readers since I haven't post any new entry for a while.


I bet people are familiar with the drama, Nur Kasih. My mother was seriusly in love with that drama, on Zehra TV3. After the Nur Kasih drama, there's no single Zehra drama can beat it.

Anyways, I need this kind of love. I bet everyone need this, well not the dramatic part where accident here and there. HAHAHAHA =='

Wassalam.