Wednesday, August 25, 2010

I want to blog, about what?

Assalamualaikum,

Normal lah untuk seorang blogger rasa nak publish post kat blog dan bila click New Post, semua idea yang terkumpul dan dah siap buat mind map kat kepala, hilang.

Apa puncanya?

Kalau korang cakap hidup korang takde pape, bosan, tak best. Mitos semua tu, unsur tokok tambah pun ada. Hidup kita ni, mana pernah kosong. Lain lah kau tidur sepanjang hari dan bangun untuk makan dan blogging sahaja. Itu pun boleh jadi cerita, mimpi? Takkan takde selepas sepanjang hari tidur. Betul?


*ihsan google

So, kesimpulan yang saya buat ialah otak kita yang tak dapat nak fokus. Cerita apa yang nak ditulis. Kadang-kadang jadi kat saya jugak. Okay, selalu sebenarnya.

Contoh :

Hari pertama : sebelum habis aktiviti yg dilakukan, dah semangat rangka dalam otak nak tulis apa nanti kat blog. Tapi, sebab hari tu tak jumpa komputer, atau tak ada internet, simpan esok.
Hari kedua : Hari tu pun ada aktiviti yg nak ditulis, rangka lagi dalam otak. Balik tengah malam, penat, tak tulis lagi kat blog.
Hari ketiga :Hari tu baru nak tulis, klik lah New Post.

Cerita 2 hari tu, sebab banyak sangat yang best berlaku, otak dah tak boleh fokus. Paling hebat pun jadi 1 entry yang sangattt pendek sebab dah tak boleh fokus nak start, nak tulis dari mana, mana nak dititikberatkan dan nak cerita apa sebenarnya.

Jadi, anda perlu fokus. fokus. fokus. Jangan kau nak cerita pasal coklat cadbury, masuk kinder bueno lah, ferrero rocher lah, ect. *saje biar terliur sikit :D Cari title yang sesuai, kalau dah boleh mula muqadimah jeh confirm lepas tu lancarrr jeh nak teruskan idea asal nak berblogging tadi. Macam sekarang nilah, Taip sampai tak sedar dah nak waktu berbuka x)

Sekian, Wassalam

No comments: