Wednesday, October 13, 2010

I talk facts, because I hate myth






Assalamualaikum,

Komputer kosong, rak buku sekolah pun dah kosong. Lama-lama macam ni, takboleh hidup tahu. Rasa bosan yang tidak terhingga. Komputer kosong, dah sedia maklum bg yg mengikuti saya di Facebook sbb baru balik dari kedai. Sila jangan tanya rosak ape! Ibu yg hantar, ibu yg ambik.

Saya tanya ibu "Ibu, orang kedai tu cakap rosak ape?"

Si ibu pun "Ntah, ibu tak faham dia cakap blablablablabla. Kena sampai RM300!"

Okay, yg blablablabla tu saya tak faham ape yg ibu cuba sampaikan. Harap maaf ! Tapi mungkin kali ini saya akan gunakan desktop ini dengan lebih berhati-hati. MUNGKIN lah. Mungkin definisi "hati-hati" saya dengan anda lain. HAHAHA. Nampak tak yang saya mencari alasan utk tidak berhati-hati? =.=

Hari ini Rabu, 13hb Oktober, pemulangan buku teks telah dilakukan. Mungkin setelah berminggu-minggu tak bawak beg yang berat, bahu saya telah mendapat kejutan budaya. Oh, mana ade berat kan? 14 buah buku tambah 1 novel yang saya sempat baca 15 muka surat sahaja di sekolah.

Boleh saya tahu, knp saya rasa bosan sangat? Ramai yg cakap, sbb masa dah nak PMR tu, kalau bole 24/7 nak baca buku, 24/7 otak berfikir dan menghafal. Jadi, inilah yang berlaku. Takde ape nak dibuat dah. Kasihan kami :P

_____________________________


Oh ya, ada orang comment blog saya bosan sebab banyak fakta berbanding cerita hidup saya. Niat saya buat blog memang untuk cerita hidup saya. Maaflah, saya pun tak tahu knp sejak-dua menjak ni saya lupa tujuan saya berblog. BTW, terima kasih ingatkan saya :)

Sekian, Wassalam
Ateika

No comments: