Sunday, December 12, 2010

I do influence

Assalamualaikum,

Huh, malam baru dapat online dengan aman hari ni, dasar kau internet. Ciscis. Nak upload gambar contest pun terkedek-kedek tau tadi. Dah lah saya upload HD punya :D Anyways, thanks yang dah join. Ingatkan takde sape nak join. Ehehe. Dan, kepada orang yang asyek tanye bole tak dia join, join ajelah. Bukan contest tertutup pun ==' susah lah manusia ni.

Oh, hari ni nak cerita yang saya sukaaaaa influence orang. Sape pernah terinfluence dengan saya sila turunkan kaki. Hahhh, gila ramai weh. Okay mengarut. Kehkeh. Btw, saya suke pengaruh orang yg dekat dengan saya untuk minat apa yang saya minat macam movie, drama, anime, novel, game, hobi dan lain-lain. Rasa macam living legend :D

http://i95.photobucket.com/albums/l133/_sirenita_/Movies/Twilight_Saga_Wallpaper_by_Gabilu.png

Macam tahun lepas, mase semua orang gila dengan vampire-love-story Twilight saga. Dan masa tu saya Novel Marathon Twilight saga, ade sorang manusia (yang saya tak harap dia baca blog saya sekarang) terinfluece tengok saya baca novel tu walaupun dia dah habes baca. Tapi dia macam tetibe over ambik kesah pasal cerita tu, cerita pasal benda tu dengan saya blablabla blablabla. Sampai masuk esei dia pasal cerita tu. Ohh. =_________= Then, dia panggil saya Bella sampai sekarang :)

Sekarang pulak, ade dua anime yang saya on the way influence orang . Satu tu, saya dah pengaruh lebih kurang EMPAT orang utk tengok cerita tu. dan diorang pulak dah gila dengan cerita tu. Satu lagi, yang ni lagi ramai dari tadi, lebih kurang ENAM orang kot? Mungkin lebih. Takpastilah. Dan saya bahagia mereka suka ape yang saya suka :D

Dan animenya ialah :

http://www.animenation.net/blog/wp-content/uploads/2010/01/durarara-500x369.jpg

Durarara. Ceritanya - violent. First impression semua orang. Ye, saya tak suka violent. Ulang suara, saya tak suka violent. Tapi bukan untuk anime ni. This is the only exception tau. Ahaha. Saya suka jalan cerita dia yang putar belit. Unik okay :D

http://i.animecrazy.net/go-go-maniac-419x420.jpg

K-On. Cute and adorable(?) First impression semua orang. Kalau korang cakap tak, korang bukan manusia kot. Ahaha. Cerita dia even dah tengok beberapa kali pun tetap lawak. Tetap nak gelak guling-guling. Seriusss. Dan lagu dia best. Lirik sengal-sengal pun best =_= Mungkin sebab bukan bahasa melayu? Kalau bahasa melayu mungkin akan rasa - apehal lagu ni? Ehehe.

Tu jeh kali ni, confirm takde sape nak baca sampai habis. Ahaha XD

Sekian, Ateika

2 comments:

Aliya said...

pergh..hebat tol..saya dah cuba 3 tahun nak influence org psl YUI..x dpt2 gak..dulu prnh ada 3 org tapi gara2 lagu2 dari korea,habis.....=.=

Ateika said...

@Aliya ish, tak kan tak de sape terpengaruh? YUI tu????? mesti lme2 terpengaruh punye. suare YUI kan sangat best :D