Monday, December 6, 2010

You should at least know what living is for

Assalamualaikum,

Bersemperna esok awal Muharam, nak saya ulas sikit satu topik ni. Betulkan mana yang salah ye. Sekarang ni, semua dah gempar dengan hal iluminati / fremason segala. Iye, itu menunjukkan betapa kita mengambil berat tentang Islam, dan isu semasa. Tahniah semua.

Tetapi, ada lah sikit teguran? Mungkin boleh dikira teguran jugak lah. Sebab apa yang semua orang buat hanya lah menuding jadi kepada artis-artis Hollywood. Kita dah 101% yakin ke mereka tu ada kena mengena dengan Iluminati tu? Tak yakin kan? Kalau tak yakin kenapa nak berburuk sangka? Nanti bukan ke jadi fitnah? Semua orang tahu yang fitnah tu dosa besar kan? Iye, dosa besar. Boleh tanya para ulama.

http://mcrmysergioluis.files.wordpress.com/2010/04/paramore1.jpg

Takdelah, sebab pada mulanya, orang sebok cerita pasal Lady Gaga, then sekarang masuk cerita Paramore. Kenapa nak menuding jari? Tak salah, kalau nak percaya benda tu, saya pun percaya ada sesuatu sekarang ni yang macam nak menjatuhkan Islam. Tapi, kalau contoh yang kita sebar-sebarkan tu salah, jadi fitnah. DOSA BESAR tu. Tak takut ke?

http://vigilantcitizen.com/wp-content/uploads/2009/08/lady-gaga.jpg

Kalau contoh nak sebarkan pun, tak boleh lah terus "Weh, Lady Gaga Iluminati!" Memang lah die-hard-fans dia akan benci anda dan terus tak nak dengar dah apa anda nak terangkan kan? Bukan ke lebih elok bagi orang tahu pasal sejarah dan asal usul Dajjal ni dulu? Kalau nak cakap jugak pasal artis-artis ni, cakap lah "mungkin" kita tak tahu sejauh mana kepastiannya, nanti takut menyampaikan fitnah.

Lagipun, daripada kita asyik nak ban orang, nak benci orang. Makin kotor adelah hati kita. Setahu sayalah, benda ni yang orang cakap nak jatuhkan Islam ni, melalui hiburan. Mind-control. Jadi, bukan ban dan benci orang jalan terbaik, jalan terbaik ialah kurangkan hiburan. Ingat, kita hidup ni kerana apa? Macam arwah ayah saya cakap

Orang yang berhibur tak semestinya bahagia, tetapi orang yang bahagia sentiasa terhibur

Banyak lagi cara nak terhibur, buat baik pun terhibur jugak kan? Tak percaya, buat lah. Berani jamin :) Bukan takboleh berhibur, Allah tak larang. Takde sape larang. Cuma berpada-pada lah. Kan? Jadi kalau kita ingat benda ni, tak perlu risau Iluminati lah, ape-apelah. Insya-Allah, kita dijalan yang benar, Allah sentiasa ada dengan kita.

Sekian, betulkan apa yang salah
Ateika

No comments: