Friday, February 24, 2012

Viva La Palestina

Assalamualaikum, Long live the Palestinian, Insya Allah.



Maafkan kami Palestin,
Tika darahmu mengalir di bumi sendiri dan kering dibakar mentari,
Tulangmu bersepai dibedil serakah Zionis,
Jerit pekikmu bergema di dada langit,
Hilai tawamu ditelan bom dan fosfur putih;

Jiwa kami sedang berpadu dengan nafsu,
Bercinta dengan dunia,
Sambil beramal pohon restu untuk bahagia nanti.

Maafkan kami Palestin,
Andai pecah peti suaramu memanggil nama Tuhan,
Putus salur darahmu berkorban demi Tuhan;

Kami juga sedang berperang,
Dengan nafsu yang lebih besar dari jihadmu, Palestin.


Maafkan kami Palestin,
Perang kita berbeza medan,
Kami sibuk berasak di sini,
Dikau digasak sana sini.
Maka, bila hanya doa mampu dihantar pengganti kami;

Senjata terkuat kita,
Hantarkan kembali doa buat kita berjaya sama,
Bersama maaf dari Palestin.

Zaki Johari
Teratak Ube, Jepun
Ya Allah, dengar ni di radio Ikim.fm semasa dalam perjalanan ke sekolah, tersentak, mengalir air mata. Kerdilnya aku Ya Allah. Lemahnya aku. :'(

Wassalam.

No comments: