Thursday, January 31, 2013

Ganu Kite

Assalamualaikum,

Hai! Kalau hidup dengan keluarga yg tak berapa minat nak bercuti, memang susah nak jejakkan kaki keluar daerah, negeri apatah lagi negara kan?

So, for the record 25 Januari 2013 was the first time I ever jejakkan kaki ke sebuah negeri pantai timur, Terengganu.

Oleh sebab saya mempunyai seorang abang yg sangat concern terhadap adiknya yang tak pernah pergi lebih jauh dari Pahang ni, dia suruh record masa bersejarah kami masuk gerbang "Selamat Datang" negeri ni. Pukul 4.22 petang. Tahniah kepada saya.


Iklan kejap. Visit Terengganu 2013. Ganu Kite!

Pergi Noor Arfa Batik, tapi saya ni kurang sikit minat terhadap seni batik. Muahaha. Ampun tuanku!

Naik TTI River Cruise yang mengambil masa about 45 minutes dan mengetahui pelbagai sejarah Terengganu. Then, baru tengok replika masjid dekat Taman Tamadun Islam. Sebab ramai, kami ada Sultan(kononnya) Al-Fatih, dan 2 ibu mengandung, kami pun ambik lah tram ride. (Naik benda lain tak mampu kueng kueng)

Ibu mengandung 1 dengan Al-Fatih.

Ibu mengandung 2 atas tram

So, mari kita promote Taman Tamadun Islam. Ada 23 replika monumen Islam dari seluruh pelusuk dunia. Bermula dengan Masjid Negara kita lah. DUA masjid yang paling pelik dan unik gila rupa dia Great Mosque of Samarra, Iraq dengan Great Mosque of Agadez, Nigar. Rasa macam eh? Masjid ke ni? -,-

Palestine! Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqadis, Palestin.

Of all the replica, Kubbah As-Sakhrah atau Dome of The Rock. is the best. Paling besar, paling menarik. :)

Kemudian kami ke Masjid Kristal. Eh, malas dah nak upload gambar. Hekhek.

Apapun, Terengganu memang penuh dengan seni Islam. Tak perlu nak tunggu sampai Masjid Kristalnya, atau Masjid Terapungnya. Sepanjang jalan tu dah penuh. Lawa tak tipu.

Tapi, Terengganu punya taste bab makan kurang sikit (kecuali keropok). Asyik dapat tak sedap je. Sedih betui. Bila balik Kluang, tanya orang Terengganu yg kat Kluang, diorang cakap memang gitu. Kalau nak cari yang sedap kat sana, baik pegi kedai orang Thai. Haha.

Konklusinya, Masjid Terapung tu not so terapung. Baik tengok batu terapung yang nak ikut nabi mikraj tu, itu betui terapung.

Wassalam.


No comments: