Monday, December 12, 2011

What would you do if?

Bismillahirahmanirahim. Assalamulaikum semua ! :D

http://explodingdog.com/drawing/whatifthingsgoright.jpg

Sebelum ape-ape. Betulkan kalau saya tersalah okay. Kat dunia cyber ni kan, ramai je orang bukan Islam yang tak minat / tak suka / benci Islam. Dan ramai je yang menunjukkan betapa diorang tak suka Islam kat pelbagai social network.

Korang buat ape dekat orang yang mengutuk agama korang ni?

1. Straight pergi profile dia, maki hamun dia.
2. Sebarkan kat kawan korang ajak marah-marah dia.
3. Report profile dia. Sambil maki hamun.
4. Maki hamun dia belakang-belakang.
5. Straight pergi profile dia, niat nak nasihat dia. Tapi tengok dia teruk sangat, maki hamun jugak. ._.
6. Gelakkan kebodohan dia?
7. Tak buat ape-ape.

Itu ke antara yang korang buat? Bagi saya lah. Benda yang korang buat tu taklah salah. Cuma, itu terlalu ikut emosi (kecuali nombor 7). Hati korang Alhamdulillah, sayangkan agama. Cuma niat sahaja, tak cukupkan?

Bukankah lebih baik kalau benda pertama yang korang buat, duduk berfikir. Bersyukur yang korang dah dilahirkan dalam agama ini, dilahirkan dengan pengetahuan-pengetahuan dalam agama ni. Kan lebih baik korang berdoa agar ditetapkan iman korang, kawan-kawan korang. Supaya korang tak jadi macam tu? Mengutuk agama orang sesuka hati. Nauzubillah.

Lepastu doakan orang tu, supaya diberikan petunjuk, hidayah. Supaya Insya Allah, dia sedar dia buang masa mengutuk agama Allah. Perkara yang dia buat tu memalukan diri sendiri shj. Sebab itu tunjuk, betapa jahilnya dia.

Barulah berfikir, nak nasihat ke? Atau ajak kawan report je? Atau, ajak kawan-kawan kumpulkan bahan-bahan atau lebih tepat ilmu tentang Islam, untuk pertahankan Islam kalau dia kutuk. Sekurang-kurangnya, dapat pertahankan walaupun mungkin nak tarik dia ke arah menerima Islam tu tak dapat kan?

Ciri-ciri orang bertaqwa?
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (Surah Al-Imran ayat 134)

Wassalam. :D

No comments: