Assalamualaikum,
Semakin lama, makin ku tenggelam. Dalam nikmatMu ya Allah. Inni akhafullah. Aku takut akan Allah. Mudah. Sungguh mudah lidah berkata jari menaip. Bagaimana dengan hati? Lemah sangat tak bermaya. Kadang sedar, kadang tidak. Kadang pada fajar menangis meminta pertolongan Allah, kala senja hati alpa semuanya. Mengapa duhai hati?
"Di lautan nikmat,
dua makhluk terpisah,
yang satu tenggelam, yang lain menyelam.
Adakah kau tahu apa bezanya?"
Mahu menyelam dalam hamparan nikmat Allah, sediakanlah kelengkapannya, alat penafasannya serta cahayanya. Ya, cahaya. Tanpa cahaya mana mampu kita menatap keindahan keajaiban ciptaan Allah. SubhanAllah! Maha Suci Allah!
Dia yang menurunkan kepada hambaNya ayat-ayat Al-quran yang terang, kerana Dia mahu menheluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya. (Ingatlah) Allah Maha belas lagi Maha Mengasihani kepada kamu (Al-Hadid ayat 9)
Ya Allah, bantu aku. Bantu kami. Bantu mereka.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment