Wednesday, January 1, 2014

Reminiscing

2013.

Ini bukan post yang awal tahun aku Muharram bukan Januari. Sebab sejujurnya kita manusia memang sudah lama terbiasa menggunakan kalender hijriah ini daripada kalendar Hijrah. Konon. Konon bila manusia ingin menyambut "Akhir Tahun" "Tahun Baru" "Hari Jadi" atau apa-apa yang disambut menggunakan kalendar Hijriah baru lah suara-suara halus mengatakan ini bukan kalendarku. Benarkah?

Ini bukan post mengenai apa yang aku azamkan pada 2014. Aku memang bukan manusia yang membuat azam pada tahun baru. Bukan menolak kebiasaan manusia. Bukan aku kejarkan "I'm different". Tidak. Tetapi sungguh aku manusia yang buat sesuatu hanya berdasarkan hati. Bila semangat berkobar-kobar... Nah! Situ lah aku akan berazam. Hanya, mungkin bukan 1 Januari ini.

Mungkin ini post untuk aku undurkan sedikit masa ke seawal 2013 dan lihat kembali apa signifikasi 2013 dalam hidup aku. Sejujurnya, 2013 memang tahun yang... I can say the worst kot. Mungkin aku yang dah terbiasa dalam zon selesa. Mungkin ini yang aku perlukan. Allah sedang tunjukkan aku kehidupan.

I can't really say I remember all the downs in 2013. Tapi aku ingat. Aku ingat dimana aku habiskan duit ibu sebab fail JPJ dengan sedikit kesilapan yang kelakar(?) mungkin. Aku ingat macam mana aku tak mampu nak menangis dengan keputusan SPM yang macam tu. Terdiam. Dan senyum. Allah sedang tunjukkan aku erti kehidupan. Aku masih ingat macam mana aku rasa macam neraka bila masuk universiti. Neraka dunia. Mungkin "neraka" terlalu over, tapi aku tak mampu cari perkataan yang sesuai. Sehinggakan ke keputusan semester 1 aku, aku masih ingat. Aku memang tak mampu ukirkan senyuman yang besar di wajah ibu.

To be honest (tbh kata mereka), mungkin itu hanya alasan aku untuk down-kan diri. Macam takde up langsung je 2013. Mungkin aku terlalu lebih-lebihkan bahagian gelap. Kenapa taknak tengok the bright side? Yup, bila fikir balik.. Ini lah tahun aku merasa bekerja part-time. Seronok. Ini lah tahun aku dapat anak buah kedua. Alhamdulillah. Ini juga tahun aku melangkah sebelah kaki menuju cita-cita dalam bidang Perakaunan insyaa Allah. Ini merupakan tahun aku walau mungkin keputusan SPM aku tak mampu buat mereka "WOW", tapi aku dapat tawaran biasiswa MARA (dan aku tolak) kemudian sekarang Alhamdulillah aku diberi peluang kedua dan dapat tawaran biasiswa JPA. Sungguh. Alhamdulillah.

Kesimpulan? Tak tersimpul.


Just because they are adorable. Hey!



Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahmaan 55:13)


Wallahualam.

3 comments:

Alyaa K. said...

Oh atieqah kau dpt biasiswa JPA ke? Alhamdulillah, tahniah! :D Habis kau kat mana skrg? Lps tu ke mana?

Ateika said...

Alhamdulillah. Aku still kat UiTM Segamat, tak pegi mana-mana. tapi bawah JPA sekarang.

Alyaa K. said...

Ahhh, okay2. Again, tahniah :)