Showing posts with label history. Show all posts
Showing posts with label history. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

Reminiscing

2013.

Ini bukan post yang awal tahun aku Muharram bukan Januari. Sebab sejujurnya kita manusia memang sudah lama terbiasa menggunakan kalender hijriah ini daripada kalendar Hijrah. Konon. Konon bila manusia ingin menyambut "Akhir Tahun" "Tahun Baru" "Hari Jadi" atau apa-apa yang disambut menggunakan kalendar Hijriah baru lah suara-suara halus mengatakan ini bukan kalendarku. Benarkah?

Ini bukan post mengenai apa yang aku azamkan pada 2014. Aku memang bukan manusia yang membuat azam pada tahun baru. Bukan menolak kebiasaan manusia. Bukan aku kejarkan "I'm different". Tidak. Tetapi sungguh aku manusia yang buat sesuatu hanya berdasarkan hati. Bila semangat berkobar-kobar... Nah! Situ lah aku akan berazam. Hanya, mungkin bukan 1 Januari ini.

Mungkin ini post untuk aku undurkan sedikit masa ke seawal 2013 dan lihat kembali apa signifikasi 2013 dalam hidup aku. Sejujurnya, 2013 memang tahun yang... I can say the worst kot. Mungkin aku yang dah terbiasa dalam zon selesa. Mungkin ini yang aku perlukan. Allah sedang tunjukkan aku kehidupan.

I can't really say I remember all the downs in 2013. Tapi aku ingat. Aku ingat dimana aku habiskan duit ibu sebab fail JPJ dengan sedikit kesilapan yang kelakar(?) mungkin. Aku ingat macam mana aku tak mampu nak menangis dengan keputusan SPM yang macam tu. Terdiam. Dan senyum. Allah sedang tunjukkan aku erti kehidupan. Aku masih ingat macam mana aku rasa macam neraka bila masuk universiti. Neraka dunia. Mungkin "neraka" terlalu over, tapi aku tak mampu cari perkataan yang sesuai. Sehinggakan ke keputusan semester 1 aku, aku masih ingat. Aku memang tak mampu ukirkan senyuman yang besar di wajah ibu.

To be honest (tbh kata mereka), mungkin itu hanya alasan aku untuk down-kan diri. Macam takde up langsung je 2013. Mungkin aku terlalu lebih-lebihkan bahagian gelap. Kenapa taknak tengok the bright side? Yup, bila fikir balik.. Ini lah tahun aku merasa bekerja part-time. Seronok. Ini lah tahun aku dapat anak buah kedua. Alhamdulillah. Ini juga tahun aku melangkah sebelah kaki menuju cita-cita dalam bidang Perakaunan insyaa Allah. Ini merupakan tahun aku walau mungkin keputusan SPM aku tak mampu buat mereka "WOW", tapi aku dapat tawaran biasiswa MARA (dan aku tolak) kemudian sekarang Alhamdulillah aku diberi peluang kedua dan dapat tawaran biasiswa JPA. Sungguh. Alhamdulillah.

Kesimpulan? Tak tersimpul.


Just because they are adorable. Hey!



Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahmaan 55:13)


Wallahualam.

Saturday, August 10, 2013

Rainbows will come along

2012. English essay :

I wish that I had another chance to tell him things that lay unspoken. He was my late father. A very ambitious person, who was always visionary. The last two days with him were the moments I could never erase. It was the most unforgettable moment with the most unforgettable person in my life.

It was Thursday evening, I was in my parents' room sitting in front of a dim candle light with them. We were here because the whole city was under a complete blackout. It was completely dark outside. Even the moon did not shine and the stars did not twinkle. It was our last candle in the house so I was getting scared. Luckily, my father was clever enough to make me listen to his stories and forgot that we were in a pitch dark.

My father talked about various events he went. As it was in a middle of Syawal, so he always went for events. Even he was a busy person, he never forgot to pamper me. He even thought me as his sign of fortune.

"Ika, you know that I never got those souvenirs whenever I went for an event," he talked in a funny tone. "But, you know Ika, I don't think that I am misfortune at all. I have you as my daughter." I was on the cloud nine when he talked like that.

The next day, he got another event to attend in the evening, so he did not have to work in the morning. Early in the morning, he woke up and started to clean the house. Then, he went to town to play taxes and bills. He told me that charity starts at home. There is no point if he go to events as a VIP, but his own home is a mess.

In the afternoon, he sent me to school before he went to the event with my mother. The event was held at Segamat so he got to go there early in the afternoon to arrive there at time. He did not want to be late in any occasion as he is a punctual person. Before I kissed his hand, he reminded me to study hard and put my aim as high as possible. He said that life is not always easy like a piece of cake.

I went home from school by bus that day and after I reached home I straight away cleaned myself and had dinner with my grandmother. Then, I went back to my room, waiting for Maghrib prayer. I felt uneasy. I felt something was wrong. My mother always called me if she is not around. But today, she did not. Nevertheless, I performed my prayer and started doing homework with many bad thoughts in minds.

Kring-kring, the phone in our living room rang. My grandmother picked it up. I tried to listen to her, but I did not manage to. I went downstairs and asked her if it was my mother. No, it was not. It was her friend. I felt rather odd. After that call, we continuously received calls from my mother's friends.

Later on, a guy came knocking up our front door. He claimed that he is my father's friend and he asked my grandmother and me to calm down as he got a bad news to tell us. Unfortunately, I cannot because my mind was already full of bad thoughts.

"Miss and Nek, I am Haji's colleague from AADK, I am sorry, but I have to tell you that Haji is gone. He passed away right after his opening speech at the event," he said.

I could not even feel my legs anymore. My blood rose up. My tears could not stop flowing. My heart beats fast, too fast. What could be even worse than this? How should I ever believe this?

Later, when my mother arrived home, she tried her best to smile. She smile weakly at me. She was so strong. She said that a calm sea does not make a skilled sailor. She reminded me not to forget the last moment with my father. An unforgettable person who always reminded me to live on no matter what happens in life. Life is not all sunny, it has rains once awhile, but after every cats and dogs rains, rainbows will come along.

Al-fatihah
Abas bin Sudar
24 Oct 2008
24 Syawal.

Monday, March 4, 2013

I Still Got The Strongest Fire

Bismillah.

Setelah lebih kurang tambah tolak darab bahagi 3 minggu jadi Sales Girl dekat J Star Collection Kluang Parade, tamat sudah hidup saya dan kakak Ponty sebagai wanita bekerjaya full-time. Dah kena pecat. Tehek.

Daripada seawal 8.30 pagi (bukan  pergi kerja) pergi belajar ngaji kejap selalunya sampai 9.30 pagi. Lepastu balik, dalam 10.30 tunggu kakak Ponty ambik kita naik motor pergi Kluang Parade.

Selama TIGA minggu banyak belajar. Tak perlu masuk kelas nak belajar, tapi memang banyak belajar. Ibu ada tanye jugak macam mana belajar berniaga dgn orang Cina? Bila saya jawab, ibu angguk je. Ada caranya. Baru senang maju, baru boleh umur 29 tapi boleh ada sampai 4 kedai bukak ye tak? :)

Apa pun, rezeki tu Allah yang bagi. Kita cuma perlu usahakan untuk ambik dari Allah.

Lepas dah ada sedikit ilmu dalam dunia ni, saya bercita-cita untuk berniaga. Sunnah. Siapa taknak buat? Rugi. Insyaa Allah. Tapi kena slow-slow, step by step. Cuma jangan slow sangat lah.

Semua benda pun ada risiko, kita je manusia ni suka bagi alasan sebab kita takut.
- Makcik Kedai Avon

Jumpa lagi semua!

Wassalam.

Thursday, January 31, 2013

Ganu Kite

Assalamualaikum,

Hai! Kalau hidup dengan keluarga yg tak berapa minat nak bercuti, memang susah nak jejakkan kaki keluar daerah, negeri apatah lagi negara kan?

So, for the record 25 Januari 2013 was the first time I ever jejakkan kaki ke sebuah negeri pantai timur, Terengganu.

Oleh sebab saya mempunyai seorang abang yg sangat concern terhadap adiknya yang tak pernah pergi lebih jauh dari Pahang ni, dia suruh record masa bersejarah kami masuk gerbang "Selamat Datang" negeri ni. Pukul 4.22 petang. Tahniah kepada saya.


Iklan kejap. Visit Terengganu 2013. Ganu Kite!

Pergi Noor Arfa Batik, tapi saya ni kurang sikit minat terhadap seni batik. Muahaha. Ampun tuanku!

Naik TTI River Cruise yang mengambil masa about 45 minutes dan mengetahui pelbagai sejarah Terengganu. Then, baru tengok replika masjid dekat Taman Tamadun Islam. Sebab ramai, kami ada Sultan(kononnya) Al-Fatih, dan 2 ibu mengandung, kami pun ambik lah tram ride. (Naik benda lain tak mampu kueng kueng)

Ibu mengandung 1 dengan Al-Fatih.

Ibu mengandung 2 atas tram

So, mari kita promote Taman Tamadun Islam. Ada 23 replika monumen Islam dari seluruh pelusuk dunia. Bermula dengan Masjid Negara kita lah. DUA masjid yang paling pelik dan unik gila rupa dia Great Mosque of Samarra, Iraq dengan Great Mosque of Agadez, Nigar. Rasa macam eh? Masjid ke ni? -,-

Palestine! Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqadis, Palestin.

Of all the replica, Kubbah As-Sakhrah atau Dome of The Rock. is the best. Paling besar, paling menarik. :)

Kemudian kami ke Masjid Kristal. Eh, malas dah nak upload gambar. Hekhek.

Apapun, Terengganu memang penuh dengan seni Islam. Tak perlu nak tunggu sampai Masjid Kristalnya, atau Masjid Terapungnya. Sepanjang jalan tu dah penuh. Lawa tak tipu.

Tapi, Terengganu punya taste bab makan kurang sikit (kecuali keropok). Asyik dapat tak sedap je. Sedih betui. Bila balik Kluang, tanya orang Terengganu yg kat Kluang, diorang cakap memang gitu. Kalau nak cari yang sedap kat sana, baik pegi kedai orang Thai. Haha.

Konklusinya, Masjid Terapung tu not so terapung. Baik tengok batu terapung yang nak ikut nabi mikraj tu, itu betui terapung.

Wassalam.


Saturday, June 23, 2012

Since We All Talk in General

Bismillah.

Last week was quite a busy tiring week. Since the Parliamentary Debate that Farhana joined needs 5 people - 3 speakers 2 substitutes to be exact, she asked me to join. So I'm in. 2 days full English were quite tough. I only got the chance to speak in Malay with Farhana sometimes. -,-

Anyway, it was a good opportunity. Debaters empathize their words enthusiastically. It was a whole new thing to me. I'm so thankful. :D We got Third place, a bit sad because we lost the chance to go to Labuan *sobs*.



Tadaaa, my Xperia X8 current condition. This is what happen when you try to fit 4 people at the back seat of Proton Persona. Hahahaha.

Till then. Wassalam.

Tuesday, June 5, 2012

"Delisa Cinta Ummi Kerana Allah"

Bismillah.

Saya baru habis tengok satu movie daripada Indonesia. Subhanallah sangat menyentuh. Sepanjang cerita rasa sebak. Cerita ni direka berdasarkan tsunami di Acheh pada 26 Disember 2004. Diadaptasi dari sebuah novel. Insya Allah, ada masa saya nak baca :)



Ini trailer cerita ni, Hafalan Shalat Delisa. Cerita ini mengenai seorang budak kecil, Delisa yang tinggal di Lhok Ng, Acheh. Anak terakhir dalam keluarga Abi Usman. Ayahnya bertugas di sebuah kapal tanker perusahaan minyak Internasional. Delisa sangat rapat dengan ibunya yang dia panggil Ummi. Dia ada tiga orang kakak, Fatimah , dan Aisyah dan Zahra yang merupakan kembar.


Ini pula lagu asal bagi "Lagu Ibu" yang dinyanyikan oleh Delisa dan umminya dalam movie ni.


Selamat menonton. Kalau ade yang nak movie ni dari saya, mintak je ye. :)

‘Delisa cinta Ummi kerana Allah’.


Thursday, May 24, 2012

Alahai Semangat Penuhi Matlamat

Assalamualaikum




Saya tak ade ape nak cakap. Cuma baru lepas habis midyear. Rasa lega macam lepas makan benda pedas tambah air panas, lepastu hilang pedasnya. Oh, macam takde kena mengena. Takpe. Saya ade 164 lagi untuk SPM. Lama lagi. Dalam 3000 lebih jam lagi. Kan lama tu?

Cakap tinggal 23 minggu masih nak "lama lagi"?

Alahai SPM. Alahai takutnya dengan kau. Midyear 3 minggu pun tak tahan. Nak SPM. Banyak lagi belum sedia. Banyak lagi. Sekarang kena fikir study lagi, takde dah rehat. Sebab ape? Sebab lepasni mesti exam datang macam chipsmore, kejap ada kejap takda. Macam takde kena mengena jugak kan? Takpee. hahahaha!



Oh, tapi sebab nak cuti. Tengok anime lah kejap. Ehehhee. Eh, nak buat camne. Tak dapat Tahan dengan kecomelan Tony Tony Chopper ni. :P Okay, tengok One Piece kejap. Malam nak buat Mathmode dgn Sejarah :3

Wednesday, April 18, 2012

Prepare for the unexpected

Assalamualaikum,

Saya di sini ingin bercakap berdasarkan pengalaman. Saya ingin mengingatkan saya, kita, semua, saudara seagama saya bahawa besarnya, tingginya, hebatnya kekuatan doa kita. Kuatnya kekuatan kita bila kita ingat Allah.

Kerana Dialah sebaik-baik pelindung

Jangan lupa membaca Bimillah dalam setiapkali memulakan sesuatu. Jangan sesekali ego dengan pencipta. Jangan sesekali rasa doa itu buang masa. Jangan sesekali rasa doa itu beban. Sbb itulah, itulah senjata kita umat Islam.

Ujian Allah, jangan anggap tu penghalang. Anggap tu Allah beri petunjuk, biar kita ingat siapa pencipta. :)


سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ . وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ

Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.

(Az-Zukhruf : 13-14)


Penutup kata : Alhamdulillah, saya masih bernafas, kawan-kawan saya pun. Tak pernah expect saya akan merasai kemalangan macam ni. Tak pernah terlintas. Tapi Allah nak uji, lagi-lagi kami leka masa tu. :'(

Wassalam

Monday, April 9, 2012

We Can Burn Brighter

Assalamualaikum

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik untuk kamu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk untuk kamu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Sabtu lepas kawad dalaman, Alhamdulillah, walaupun aku nak nangis aku buat salah masa tu, Alhamdulillah Kadet Polis (P) Juara perempuan dan dapat ke daerah. :')

Aku tak pernah terfikir jadi senior ni susah. Kita yg uruskan semua benda ni susah. Takpernah terfikir. Aku fikir dulu senior aku senang-senang je. Yelah, diorang yg tetapkan semua benda, sukahati dioranglah. Aku fikir mudah macam tu je. Macam petik jari. Tapi aku petik jari pun kadang-kadang bunyi, kadang-kadang tak.


Rupanya, tak ada benda yg mudah!

Kalau tak jatuh, macam mana nak bangun kan? Insya Allah, ini baru permulaan. Berkat usaha ketua platun kitorang, pengerusi kitorang, senior-senior yg tak jemu nak datang tu, kitorang boleh. :D




muka takut

dah tak takut :P


Wassalam.

Monday, March 19, 2012

One does not simply

That moment when you realize you are in exam week
and you haven't study but you still have the time babbling bout it in your blog.

Seriously, when will you realize that you are no genius?


But, Albert Einstein said that
"Imagination is more important than knowledge"




Yeah, because he's a freaking genius.


Assalamualaikum, doakan kami yang bakal menduduki SPM tahun ni. Amin. Oh, doakan mereka juga yg akan mengambil keputusan SPM rabu ini. Amin. :)

Tuesday, January 24, 2012

Somehow I managed

Assalamualaikum,

Hai! Bila tengok semua dah berape puluh ratus kali update, tergerak jugak nak blog ni. Hari tu nak update dah. Minggu lepas, tapi nak update secare express lah. Bukak photoshop, laju je klik sane, klik sini. Sampai bole terhilangkan photoshopnye. Okayyy. Jangan tanye macam mane boleh jadi, dah jadi dah. -,-

Hai, saya masuk 5STA1. Saya rasa awkward.


TIGA pelajar STA2 masuk STA1 tahun ni. Saya nombor 3 tahun lepas, dan masuklah. Saya rasa.. Ok, jangan mengeluh. Tahun ni nak SPM. Kita study jelah. Hewhew.


Sabtu lepas ade Orientasi Kadet Polis. Aku punya explorace takthu camne aku tercampurkan klu-klu yang untuk checkpoint tu. Mula-mula Roxa sedar, aku bagi kat dia checkpoint untuk ke tempat dia balik :( Mase tu gelabah gile.Tapi Pengerusi kite watkul je. Thanks sangat. Hehe. Fasi yang gedik kat atas ni semue best. Dari Pengerusi dgn Timbalan kat kiri sekali tu.


Tak lupa jugak kat senior yg rasa diorang muda lagi ni. :P

Lalala, indahnye dunia. Wassalam.

Wednesday, December 7, 2011

Mintak Maaf :'(

Assalamualaikum,

Saya di sini hari ini nak meminta maaf dengan setulus hati. Seikhlas mungkin kat Kak Finaz. Post lepas, lupa cerita pasal Kak Finaz. Dia buat video untuk birthday haritu. Comel sangat, sweet sangat. Tapi kite boleh lupa dia. Pastu tak cerite langsung pasal dia kat post lepas.


Sorry, lupa sangatttt. :(




Thanks. Sorry terlupaaa. Tak sengaja. Jangan maraahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :(

Monday, December 5, 2011

I Say, Honey is not the sweetest

Assalamualaikum !

Hai semuaa. Kita punya birthday baru lepas. Thanks sangat-sangat yang ingat. Thanks jugaklah, yg tak ingat tapi tgk tarikh lahir kat Facebook tu *cough perli cough* HAHA >< Takpelah, ade jugak ape kata orang tu, inisiatif? Okay, BM aku B. Lalalalalala. ._.

1. Most of all, thanks kat ibu ♥


Sepatutnya Birthday bukan kita ke yang ingat susah payah ibu mengandung 9 bulan, beranak bertarung nyawa? Tapi ibu jugaklah yang selalu sambut birthday kite tiap-tiap tahun kan? Haha :) Atas tu hadiah birthday + 7A exam akhir tahun ritu. Okay, pasni tak menggedik tuka fon sampai lepas result SPM. :D


2. Pakcik Bedal yang wish pagi-pagi sambil kejut subuh. Kfoine ._.


Ade orang tuuu, dia tahuuu kita tak berjaga malam pukul 12.00 malam kononnya nak sambut Birthday. haha. Dan dia pun memang dah tido time tu. *hahaha* So, dia call sesudah azan subuh. -.- Tak lupa jugak coklat cadbury yg dia bagi, tapi dah habis dimakan. So, taksempat ambik gambar :D


3. Cik Ponty yang teman tengok Ombak Rindu

http://reviewfilem.com/wp-content/uploads/2011/07/Filem-dari-novel-Ombak-Rindu.jpg

Masa ni dah 3 Disember, tapi kira takpelah. Thanks jugak. Oh, cerita ni best. Novel dia best jugak, even baca tak habis. Hahaha, okay. Tengoklah movie ni sape yang nak tengok tu. :D


4. Semua yang wish kat fon, Facebook, Twitter. Korang memang comel okay. Hee. Thanks Semuaaa :D


_______
*selingan*


Thanks sebab bagi thums up kat blog yg ingatkan takde reader dah ni >< Saya bukan nak dakwah beriye sangat, sebab diri sendiri tak berapa nak betul pun. Haha. Cuma, selitkanlah sikit sikit, sebab :

Dari Anas ra d ia berkata, kami bertanya, “Ya Rasulullah, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran.”

Maka Nabi SAW bersabda, “Tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya, dan cegahlah dari kemungkaran, meskipun kalian belum meninggalkan semuanya.” (HR. Thabrani).
Sumber: (here)

Thursday, November 24, 2011

Love can never be strong enough

Assalamualaikum

I wanted to post this yesterday, but the internet connection stopped me. I think Mr. Internet just envying me, and this post. :) I got some confession to make here. I had a dream last night. About them, and me.

I miss them.

We maybe are so totally different. All of us. In and out. But to the end, to the very end, we were still together. There are tons of misunderstanding we've gone through. They maybe aren't so "friends stick together through thick and thin". But hey, they stick.










This is more than just "I miss the memories". Just, can you describe this by words? No, not a chance. Not at all. There are some feelings we might want to tell, but there won't be a soul that can understand. People can only read and listen, they won't understand.

Wassalam asdiqa'.

Tuesday, November 8, 2011

Allah The Glorious

Subhan'Allah

Assalamualaikummm :D

Dah lama tak update. Tadi pun cakap pasal nak update blog dgn Kakak LG. Lepastu kalau boleh nak update dalam sepenuhnya Bahasa Melayu lepas ni, ibu suruh belajar Bahasa Melayu lebih, sebab Bahasa Melayu saya boleh tahan teruk. Boleh tahannnn lah kannnn, result paling teruk untuk exam akhir tahun ni. Peh, BALIK JAWA LAH GINI. HAHA ><

Result exam kali ni buat ibu happy. KECUALI Bahasa Melayu, dan kumpul A- shj. 2 je A solid. Anyway, Alhamdulillah. Masa form 3 nak masuk form 4 dulu takut gila dengan subjek form 4. Biology yg memang dah didrop tu. Chemistry sebab orang cakap kena banyak hafal. Addmath yg senior cakap takde harapan lulus. =='

Masa tu dah down habis. Allah je tahu T^T

Tapi result kalini Alhamdulillah

Modern Mathematics - A
Pendidikan Islam - A
Prinsip Akaun - A
Bahasa Inggeris - A
Additional Mathematics - A
Chemistry - A
Sejarah - A
Physics - B
Bahasa Melayu - B


Agak-agak mana yang A solid? HAHA ><

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/224354_1847189935745_1120587842_31898597_2483522_n.jpg

Kenapa ade Akak LG ni lagi? XO Sebab nak belagak dgn dia. Dapat kalahkan dia exam kali ni. pest taim oh kalahkan dia. Emm. Tapi kalau markah Tassawur Islam dia tukar jadi A instead A-, tak tahu lah kan. ._. Takpaya lahhh. Sekali sekala nak rasa kemenangan

p.s : kalau aku masuk STA1, tak merasa nak top3 lah weh. top 20, top 30 jelahhhh. ._.

Wednesday, October 26, 2011

Home-made Chocolate

Assalamualaikum,

Hai semua! Tadi tengahari Kakak Pokok Plastik ni (terpengaruh dgn semue yg panggil macam tu ==') buat coklat home-made dengan ibu dia. Tapi tu pun dah agak setengah jalan ibu buat baru dia panggil. Terlupa ada sorang anak dara dia tu kebosanan. Hahaha.



Tadaa! Haa. Comot lah gila kan? Hahaha. Ibu siap tak bagi ambik gambar mase dia nak masukkan sebab segan, comot. =3= Kali ni letak kismis <-- kali ni? macam dah selalu buat je? Kismis bagus untuk otak ye anak-anak? Amalkan makan kismis.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih"
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkanpenyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

Lepastu, dah siap ibu rasa dulu. Ibu cakap terlebih manis. Tapi sedaplah. Nak jugak sebut sedaptuuu. Iyelahkan, sendiri buat kena lah puji. Kalau tak, sape nak puji? Kan? Err, tapi rupa tu. Kurengg sikit. Takthu lahkan kenapa. Takde bakat masukkan dalam acuan. Har har .__.


Acuan bungaaa! Ha, nampak tuu. Macam kena gigit-gigit dah tepi diaa. Ibu cakap gambar semue tak lawa sebab nampak comot. Hahaha. Kita kena jujur. Memang tak lawa. ==' Eh, okaylahh. Pertama kali kott.



Eh, kalau nak buat coklat home made guna lah ni. Manis. -.- Tapi sedap gila. Masa panas rasa macam Nutella. Err, tu sikit exaggerate lah. Tapi sedap!

K, bai. Wassalam :D

Sunday, October 16, 2011

Final exam - I ain't ready

Assalamualaikum



Dan minggu depan merupakan minggu last final exam tahun ini. Subjek minggu depan memang hahahha saya tak pasti macam mana cikgu susun jadual. Kalau ikut jadual gambar kat atas tu, yg bertanda tu subjek killer T^T sobs.

Ah, jangan pelik ade dua AM. mase buat jadual tu tak sedar -,- Untuk first week Pendidikan Islam second week Addmath. Okay, knp tetibe cakap Pendidikan Islam susah? Takpernah B kot. Sebab takpernah B dan kalini tak ready lah rasa tetibe Pendidikan Islam macam killer subjek hahaha.

Doakan yg terbaik, terima kasih :)


p.s : Oh, harini birthday Kakak Ponti :O

Friday, October 14, 2011

Stuck In Reverse

Assalamualaikum,


And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone, but it goes to waste
Could it be worse?
Its been awhile and I'm in the middle of final exam for this year. People been asking why I didn't update at all. I can't find much reason, just my life had been duller than before, recently. Literally, I need to cut my head to clear things up. I need to tear up my body to give some treatment to my heart, it is always this hard whenever it comes to this time of year. October hasn't been nice to me, since 2008. 24th of October to be specific.


How I am suppose to act all strong the whole year, when I actually need someone to tell me what to do and what I cannot do? Like all other teens. I am scared of growing older. But day by day, I am. I need someone to talk to, when I got home and I said "ayah, tadi sekolah.."

I need you all these years.

I said I am okay. but when I act wrongly, I just need you to say things you used to say, just like before. I need to hear it, again.

How I am suppose to act all tough? No, I am not.

I actually chose to write and essay for final exam, write a story ending with : "he walked away without saying a word." cause I am thinking bout you, but I rewrote it, cause I can't handle.

I can't handle, but to miss you and tears on my face are nothing, I can't see you anymore. All I can say is as simple as I miss you. Sorry I haven't been such I good daughter for you recently.

Sigh, I am not suppose to whining. I am not suppose to. I am strong. He trusted me, so why can't I?


Saturday, September 24, 2011

New Partner

Assalamualaikum,

Peepssss say hello to Baby Di, kawan baik Daniel Ariff saya atau lebih dikenali sebagai Danny, si Nikon. haha. Kau, macam nak kenal kan boiprenn. -,-

Anyway, saya guna duit raya saya tambah duit simpanan. Takpaya lah nak "alah, anak orang kaya, macam-macam bole beli" sangat. SAYA GUNA DUIT SAYA MANN. Berbulan bertahun simpan, makan kat sekola pun sebulan sekali haha! Poket pun dah kempis mann. Okay, tak paya man sangat.


bakal peneman perjuangan :P

Ni ha, budak tak sedar exam dah nak dekat. Okayy, okayyy, kite study sekarang. Bulan depan kite main dengan awak eh baby Di <--- belum ade name aku panggil lah gitu.

p.s : Money can't buy happiness

Thursday, September 15, 2011

Thine



I wake up all alone, I'm somewhere unfamiliar
I've been gone so many days, I am losing count
And when I think of home, I see your face
I know I have to wait

You're so close yet so far, it's tearing me apart
What I would do to be there with you
So close yet so far, it's tearing me apart
What I would do to be back with you

I miss hearing your laughter and all the little things
Forgotten what it's like to hold you
'Cause where I am right now, so unforgiving
It's numbing everything

So promise, no matter how long it takes for me
To get back to you, you'll wait for me
I promise, no matter how far away I go
I'll come back for you, just wait and see

I miss being at home, I miss your face
Don't think I can wait

I promise, it's tearing me apart
What I would do, what I would do
What I would do to be there with you


p.s : okay fine, aku tak fikir orang nak bukak blog aku semata-mata baca lirik lagu hahaha! kbai -,-