Friday, December 31, 2010

Farewell

Assalamualaikum semua!

http://farm6.static.flickr.com/5084/5306373092_603168d962_z.jpg

Haa, selepas baca blog, tengok Twitter bukak Facebook. Baru saya sedar hari ni hari last untuk tahun 2010. Biasalah, cuti sekolah mana nak ingat tarikh sangat. Saya ingat tarikh time update blog jeh sebab nanti terbaca tarikh time tuka masa post (saya tukar masa post sebab saya taip lama dan lambat =3=)

In a nutshell, tahun ini tahun yang happy. Kau, tetibe penutup kenapa? Ahaha, betul lah kan penutup tahun 2010. Bukan penutup entry kali ini. Entry akhir tahun ini saya berazam panjangggg punya ! :')

Tahun ini saya dapat "benda" yang semua pelajar PMR nak kan, straight A dalam PMR. Alhamdulillah, syukur sangatt ! Seriously, I'm too scared to put my hope too high. Macam UPSR dulu. Pelajar top 5 sekolah. Pelajar nombor 1 harapan dapat 5A. Tapi tak tergolong dalam 20 (20 ke 19 tak ingat) yang dapat 5A. Heh?

Masa tu gila fikir salah takdir jeh, asyik cakap masa UPSR tu sakit muntah muntah. Salah takdir? Heh. Tapi sampai akhir form 1, serious bersyukur gila. Sebab saya tahu. Saya tak kuat kalau saya jauh dari ayah saya masa dia meninggal. See, mana ada salah takdir :)

Lepastu, masuk sekolah menengah. Saya tak pernah ada bestfriend. Iye takpernah. Sebab kawan saya yang saya rapat since tadika tak masuk STK. Adelah, masa form 1 dia selalu call saya setengah jam tu kire sekejap tau tau. Okay, susah gila nak siapkan homework time tu. Muehehe.

Tapi since pertengahan form 2 dia dah lupe saya. Well, sampai sekarang tak contact langsung. Ade terserempak. Dan tak tahu kenapa, saya bersyukur dia lupa saya. Tapi iyelah, saya berharap dia berubah T.T Since then, saya yang dah tak ade bestfriend ni kann, susah nak mesej dengan kawan. Jawab orang telefon berpuluh kali ganda susah ==' Jadi, kalau awak nak jadi kawan saya sabar je eh? (GEDIK PULAKK)

Tahun ni, form 3. Saya kena tekanan budaya. Oh, yang ni saja lah nak kenakan budak form 3 tahun depan supaya takut sikit PMR next year. BHAHAHHAA (gelak kejam). Masa form 1, form 2, saya rajin dapat 6A, 7A, (8A takpernah sebab saya tak reti Geografi). Masa awal form 2 tu siap ada program ape ntah cikgu cakap untuk pelajar cemerlang jeh, saya dapat ==' Tapi masuk form 3 kan saya rajin dapat 4A. Gila kecundang =3=

Ahaha, takpaya takut budak PMR tahun depan. :D

Wehh, kenapa banyak sangat flash back ni Atieqah ! Penat aku baca ! >:(

http://farm6.static.flickr.com/5045/5291896907_f28ff25c5a_z.jpg

Sebab, sebab saya nak jadi orang yang lebih baik. Tahu tak, ini first time in mah life lah kan buat New Year Resolution sampai puluh puluh. Maksud saya buat list lah. Selama ni tak pernah. Ayat sama jeh, saya nak jadi manusia yang lagi baik. Baik !@#$ kau! =__________=

Nak tahu azam tahun baru saya yang konon hebat meletup kebaboom tu? Segan nak taip lahhh. Nanti lah ek ? :)

Okay, new year resolution dah siap. New year wish : YOU ! Hahh, dia dah merepek dah. Saya tekan publish dulu lah, kang meleret takde sape nak bace dah :D

No comments: