Tuesday, June 5, 2012

"Delisa Cinta Ummi Kerana Allah"

Bismillah.

Saya baru habis tengok satu movie daripada Indonesia. Subhanallah sangat menyentuh. Sepanjang cerita rasa sebak. Cerita ni direka berdasarkan tsunami di Acheh pada 26 Disember 2004. Diadaptasi dari sebuah novel. Insya Allah, ada masa saya nak baca :)



Ini trailer cerita ni, Hafalan Shalat Delisa. Cerita ini mengenai seorang budak kecil, Delisa yang tinggal di Lhok Ng, Acheh. Anak terakhir dalam keluarga Abi Usman. Ayahnya bertugas di sebuah kapal tanker perusahaan minyak Internasional. Delisa sangat rapat dengan ibunya yang dia panggil Ummi. Dia ada tiga orang kakak, Fatimah , dan Aisyah dan Zahra yang merupakan kembar.


Ini pula lagu asal bagi "Lagu Ibu" yang dinyanyikan oleh Delisa dan umminya dalam movie ni.


Selamat menonton. Kalau ade yang nak movie ni dari saya, mintak je ye. :)

‘Delisa cinta Ummi kerana Allah’.


No comments: